Wednesday, July 21, 2010

Pengumuman: Minggu Sunnah 1431H

Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan mengadakan Minggu Sunnah 1431H. Program yang diadakan saban tahun ini bertujuan membudayakan sunnah Rasulullah di kalangan warga MTNP meliputi para pelajar dan pensyarah serta staf.

Program ini akan diadakan bermula dari 23 Julai hingga 30 Julai 2010. Pelbagai program telah dirancang, antaranya:

  1. Qiamullail
  2. Puasa
  3. Edaran Risalah
  4. Pemakaian Sunnah
  5. Pertandingan Menulis Khutbah
  6. Pertandingan Melukis Poster
  7. Pertandingan Menulis Khat
  8. Pertandingan Tazkirah
  9. Kuiz Harian
  10. Majlis Khatam Al-Quran
  11. Malam Penghayatan Sunnah
  12. Riadhah - Liga Sepak Takraw, Memanah, Berkuda

Semoga program ini dapat berjalan seperti yang dirancang dan mampu memberi manfaat kepada Maahad dan Islam itu sendiri. Sebarang permasalahan, sila rujuk penyelaras program, Mohd Aminur Rahman bin Mohamed Rashid.

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril