Thursday, July 15, 2010

Maahad Cup 2010: Juara Sulung Mencipta Sejarah

Sempena kejohanan FIFA™ World Cup 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan, Majlis Perwakilan Pelajar telah merencanakan satu kejohanan liga futsal peringkat MTNP bermula 28 Jun 2010 hingga 14 Julai 2010. Kejohanan melibatkan hampir keseluruhan pelajar banin MTNP.

Para pelajar telah dibahagikan kepada 10 pasukan – satu pasukan 8 orang ahli. Pasukan-pasukan ini dibahagikan pula kepada 3 kumpulan – A, B, C. Setiap pasukan mestilah melepasi pusingan 1 samada sebagai johan atau naib johan kumpulan untuk melayakkan diri ke pusingan 2 (XY). Pada pusingan 2, pasukan-pasukan juga perlu menjadi johan atau naib johan kumpulan untuk melangkah ke pusingan kalah mati.






Pasukan-pasukan yang bertanding adalah Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bera untuk Kumpulan A; Maran, Kuantan, Kuala Lipis (Kumpulan B); dan Raub, Bentong, Rompin (Kumpulan C). Pasukan Pekan, Bera, Maran, Kuala Lipis, Raub dan Bentong telah layak ke pusingan 2.

Bagi pusingan 2, pasukan Bera dan Raub telah menyingkir Maran manakala Pekan dan Bentong telah berjaya menyingkir Kuala Lipis seterusnya melayakkan mereka mara ke peringkat kalah mati. Di Separuh Akhir, menyaksikan Bentong mengalahkan Bera dan Pekan mengalahkan Raub.

Perlawanan tempat ke-3 dan akhir telah diadakan pada 14 Julai 2010. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

1.       Pekan (Juara)
2.       Bentong (Naib Juara)
3.       Bera (Tempat ke-3)
4.       Raub (Tempat ke-4)

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril