Monday, June 28, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah : Memelihara Fardhul Ummah Tanggungjawab Bersama

Pada 26 Jun 2010, Majlis Perwakilan Pelajar melalui Lajnah Kebajikan & Kesihatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri II 2010. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan ilmu fardhu kifayah yang sangat penting ini di samping memberi santapan rohani tentang perihal akhirat.

Firman ALLAH SWT:
كل نفس ذائقة الموت

MC - Aminur Rahman bin Mohamed Rashid

Penceramah bagi kursus ini merupakan penceramah yang sama dengan Kursus Jenazah Siri I 2010 yang lalu iaitu Ustaz Abdul Halim dari daerah Pekan. Beliau telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menguruskan jenazah.

Penceramah - Ustaz Abdul Halim dari Pekan
Kursus telah bermula seawal jam 8:30 pagi bertempat di Dewan Musolla MTNP. Seramai 83 orang pelajar telah menyertainya. Kerjasama yang diberikan oleh para peserta sangat memberansangkan bahkan sekelompok pelajar telah membantu urusetia seawal jam 7:45 pagi. Terima kasih kami ucapkan.
    
Sebahagian peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Pada Slot Pertama, penceramah dengan gayanya yang bersahaja telah memulakan sesi kursus dengan memberi sedikit tazkirah muqaddimah berkaitan hal kematian dan hari akhirat. Tazkirah ini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada para peserta bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan tidak akan membawa kita ke mana-mana jika kita tidak memanfaatkannya dengan amal soleh.

Seterusnya, penceramah mengingatkan para peserta adab-adab apabila melawat orang yang sedang menghadapi sakaratul maut, serta sunat-sunat yang dianjurkan. Penceramah lalu menerangkan tentang kaifiyat pengurusan mayat dari seawal-awal perkara hingga kepada perkara terakhir. Pengalaman beliau dalam menguruskan mayat sering dijadikan contoh.

Pada Slot Kedua, kursus diteruskan dengan penerangan tentang rukun-rukun pengurusan mayat yang seterusnya. Biarpun isi yang disampaikan asalnya agak berat untuk dihadam oleh peserta yang sebahagiannya tidak biasa dengan laras bahasa syariah, namun gaya bahasanya yang mudah difahami menjadikannya mudah untuk dicerna oleh akal. Sesekali peserta dihidangkan dengan lawak jenakanya yang menyegarkan.

Sebagai akhirnya, sesi demonstrasi memandikan dan mengkafankan mayat diadakan. Peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan – banin dan banat. Bahagian banin telah dikelolakan sendiri oleh Ustaz Abdul Halim. Seorang model telah dipilih iaitu Aliif Qiwamuddin, pelajar tingkatan 4. Para peserta dan penceramah sempat bergambar dengan ‘mayat’ yang baru dikafankan ini.

Aliif Qiwamuddin model terpilih
Mayat hidup semula?
'Sedih'...
        
Kursus telah ditangguhkan pada jam 1:30 petang. Penceramah sempat memberi peringatan terakhir tentang adab-adab melawat kubur/makam.

Alhamdulillah, kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Salah seorang peserta, Anas Amri, mengucapkan terima kasih kerana mengadakan kursus ini, beliau mangatakan bahawa ianya memberi kesedaran kepada diri beliau bahawa ilmu pengurusan jenazah perlu dipelajari kerana ianya merupakan fardhu kifayah, lebih-lebih lagi apabila kita bergelar al-Hafiz.

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril