Saturday, July 24, 2010

Majlis Perlancaran Minggu Sunnah

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbir alam dengan sebaik-baik tadbir, dengan keizinannya sebagai pemilik alam, Majlis Perwakilan Pelajar baru sahaja melancarkan Minggu Sunnah 1431H pada 23 Julai 2010 bertempat di Dewan Musolla Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Sebelum majlis perasmian, para pelajar diberi santapan rohani oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Uwies Al-Qarni bin Abdul Wahab. Beliau memberi ceramah berkaitan sunnah Rasulullah SAW. Perkongsian yang berlaku lebih kurang selama sejam malam semalam memberi seribu satu pengetahuan baru, kefahaman yang lebih mendalam dalam beragama dan merangsang para pelajar untuk beramal dengan sunnah.


Majlis Perasmian Minggu Sunnah 1431H diadakan selepas solat Isya' dengan dirasmikan oleh Pemangku KPP HEP & Sahsiah, Ust Mohd Lafzul bin Muda. Jutaan terima kasih kepada Ust Mohd Lafzul kerana sudi memeriahkan majlis langsung merasmikan minggu sunnah. Terima kasih juga kerana telah bertungkus lumus menyediakan slide tazkirah khas untuk kami. Jazakallahu khairan katsira...

Minggu Sunnah akan berlangsung selama seminggu dengan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik di samping pengamalan sunnah yang lebih menyeluruh.

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril