Saturday, December 19, 2009

Ujian Simulasi Tingkatan 1/2010




MTNP, 18 Disember 2009 - Pada hari ini berakhirlah program Ujian Simulasi Tingkatan 1/2010. Seramai lebih kurang 80 orang peserta menyertai ujian ini dan hanya beberapa orang yang terpilih akan berjaya menjadi sebahagian daripada warga Maahad.


Program berakhir pada jam 10.30 pagi dengan diakhiri dengan Masjlis Penutupan di Dewan Musolla. Semua ibu bapa peserta dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan menerangkan situasi serta suasana program. Ternyata komitmen para pelajar dalam program ini sangat memberansangkan meskipun ada yang hadir kerana desakan ibu bapa ataupun guru mereka.


Beberapa aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Tidak sia-sia usaha para pensyarah dan guru yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan program ini. Tahniah diucapkan kepada unit Tahfiz Profesional kerana berjaya mengadakan program ini tanpa banyak masalah terutama kepada Ust Salleh bin Ramli. Semoga pihak Maahad berjaya memilih pelajar yang berkelayakan dan mampu memimpin ummah pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril