Friday, December 18, 2009

Sebaris Kata daripada Sidang Pembina

Selamat datang ke laman blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MPP MTNP). Semoga kita dapat memanfaatkan laman blog ini untuk membangunkan MPP MTNP secara khususnya dan membangunkan Islam secara umumnya.
Penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar MTNP bertujuan menjaga kebajikan para pelajar dan siswa siswi Maahad serta menyuburkan budaya Islamik dalam kehidupan mereka. Dengan motto "Bersama Menyuburkan Biah Solehah", MPP MTNP akan mendokong cita-cita Islam iaitu membentuk mujtama' islami atau masyarakat Islam di peringkat Maahad secara khususnya dan di Kuantan secara amnya.
Maka, bagi melebarkan sayap perjuangan MPP ini, Lajnah Multimedia & Informasi mengambil inisiatif dengan membina laman blog ini selari dengan kehendak zaman.
Menjadi hasrat dan harapan kami agar dapat menjalinkan hubungan dan mengeratkan ikatan antara Perwakilan Institusi lain samada maahad-maahad tahfiz, kolej, kolej universiti, maupun universiti.


1 comment:

  1. Allah SWT sebaik-baik pencipta telah berjanji kepada sebaik-baik ciptaan-Nya (Rasulullah Muhammad SAW) bahwa kita akan menjadi sebaik-baik umat di muka bumi ini dengan syarat melakukan amar ma'ruf dan nahy munkar serta beriman kepada-Nya (Ali 'Imran: 110).

    Marilah kita penuhi syarat-syarat tersebut dengan sebaik-baiknya.

    Wallahu al-Musta'an

    ReplyDelete

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril