Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431H
Salam Maal Hijrah diucapkan oleh Sidang Pembina Blog Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang kepada semua pengunjung laman blog ini. Moga-moga peristiwa hijrah yang berlaku 1431 tahun yang lalu memberi seribu satu pengertian kepada kita yang bergelar Muslim.
Peristiwa Hijrah yang berlaku benar-benar membuatkan diri kita insaf dan terasa kerdil di hadapan Tuhan Yang Maha Agung. Itu pun jika kita menghayatinya dengan erti kata sebenar. Meskipun hijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan golongan Muhajirin demi menyelamatkan Iman sudah tidak berlaku pada zaman ini, namun konsep serta penghayatan hijrah itu masih boleh dipraktikkan sebagaimana sabda Rasulullah : لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية
Yang bermaksud: "Tiada hijrah selepas fath (Makkah) melainkan hijrah dalam berjihad dan hijrah dalam niat. Maka, apa yang difahami, Rasulullah masih menuntut kita berhijrah namun dalam erti kata yang lebih bersifat abstrak - apa yang tidak nampak dek mata. Begitulah yang diertikan dengan hijrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment