Sunday, March 21, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 12 Rabiul Awal 1431 bersamaan dengan 26 Februari 2010, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bertempat di Kompleks MTNP.

Sambutan bermula dengan perarakan yang diiringi dengan selawat keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Seterusnya, diadakan forum yang bertajuk " Dakwah Rasulullah S.A.W. Dalam Pembentukan Jati Diri Remaja " , panelnya dikalangan pelajar diploma, Mohd Shafiq b. Mohd Mokhtar, Norhayani bt. Mat Deris dan Nurul Nadia bt. Mohd Nasharudin. Pada sebelah petang diadakan pertandingan nasyid Banat. Selepas solat Isya', diteruskan dengan pertandingan nasyid Banin.


Berikut adalah senarai nama pemenang bagi kategori yang dipertandingkan :

PERTANDINGAN KUIZ

( BANIN )
1 ) Mohd Aminur Rahman
2) Adi Hakimbin Adinor
3) Ibrahim bin Hamdan

( BANAT )
1) Fathin Nadhirah binti Saadon
2) Khairunnisa' Aqilah binti Azmi

PERTANDINGAN NASYID

( BANIN )
1) Tingkatan 3
2) Tingkatan 4
3) Tingkatan 2
4) Tingkatan 1

( BANAT )
1) Tingkatan 3
2) Tingkatan 2
3) Tingkatan 1



No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril