Saturday, January 30, 2010

Ujian Penilaian Akademik Tahap 1

Pada 1-8 Februari 2010, para mahasiswa/i Diploma akan menghadapi Ujian Penilaian Akademik Tahap 1 bagi semester ini. Tradisi ini diteruskan setelah melihatkan manfaat yang diperoleh pada semester lepas yang mana berjaya mencapai objektifnya. Antara objektif Jabatan Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang mengadakan UPATS adalah:

1.       Menilai tahap pemahaman dan penguasaan para mahasiswa/i dalam akademik.
2.       Membiasakan para mahasiswa/i dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan sebenar.
3.       Membiasakan para mahasiswa/i dengan kaedah pemarkahan.
4.       Mengenal pasti madah-madah yang menjadi masalah kebanyakan mahasiswa/i.
5.       Memberi motivasi kepada para mahasiswa/i untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menghadapi peperiksaan sebenar.
Majlis Perwakilan Pelajar mengharapkan yang terbaik daripada semua mahasiswa/i Diploma. Kami mendoakan agar kejayaan mereka dapat mengharumkan nama Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekaligus menyerlahkan kehebatan al-Quran. Amin…

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril