Saturday, January 9, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

 كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوتِ
[Setiap yang bernyawa akan  merasakan mati]  Al-Anbiya' : 35

          Kematian itu adalah sesuatu yang pasti dialami oleh setiap makhluk yang bernyawa.Mati ialah perpindahan daru kehidupan dunia yang sementara ke kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka didunia inilah tempat untuk kita mempersiapkan bekalan menuju ke alam akhirat.

          Menguruskan mayat merupakan fardhu kifayah. Menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup terutama ahli keluarga untuk menguruskan mayat dari memandi, mengkafan, menyembahyang dan hingga kepada pengebumiannya. Banyak hadith yang menjelaskan kelebihan mengurukan mayat, antaranya :

Hadis riwayat Imam Ahmad :
Barang siapa yang memandikan mayat kemudian dia amanah dan tidak menyebarkan sesuatu yang tidak      elok tentang mayat tersebut, maka dia keluar daripada dosa-dosanya (diampunkan) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Sabda Nabi s.a.w. :
Barang siapa yang mengkafankan mayat maka Allah akan memakaikan baginya pakaian dari sundus (sutera halus) dan istabraq (sutera tebal) di dalam syurga. Dan sesiapa yang menggalikan kubur untuk dikebumikan mayat di dalamnya, Allah akan memberi ganjaran seperti ganjaran tempat tinggal yang didiaminya hingga hari kiamat.

          Justeru, atas kesedaran para pelajar diploma, MPP MTNP telah menganjurkan Kursus Jenazah pada 3 Januari 2010 bertempat di Musolla MTNP.

           Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan mukaddimah tentang kematian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Ahmad. Beliau merupakan bekas pegawai Masjid Sultan Ahmad Shah khusus dalam pengurusan jenazah sejak tahun 1980 dan  sering menerima jemputan untuk menguruskan jenazah. Seterusnya, kami ditunjukkan cara memandikan jenazah dan demonstrasi oleh pelajar banin diploma. Program diteruskan dengan cara mengkafankan jenazah. Kemudian, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, banin dan banat untuk  mengkafankan jenazah secara praktikal.

           Dengan kesedaran dan pelaksanaan Kursus Jenazah ini, diharapkan dapat membantu masyarakat diluar sana dan menambahkan lagi penglibatan dikalangan remaja Islam dalam pengendalian jenazah yang selama ini hanya diserahkan kepada individu-individu tertentu sahaja. InsyaAllah


           

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril