Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Takziah Buat Keluarga Al-Ukht Saera (Diploma Sem 6)




Pada 19 Januari 2010 bersamaan hari Khamis, warga MTNP khususnya pelajar-pelajar Diploma diselubungi kesedihan. Salah seorang pelajar diploma semester 6, Nur Saera binti Dahalan telah kehilangan ibunya yang dikasihi. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi 19hb Januari 2010, berpunca penyakit kanser. Maka, sebagai tanda simpati semua pelajar banat semester 4 dan semester 6 telah melawat keluarga Saudari Saera bersama-sama para pensyarah.

Sebagai tanda kebersamaan warga MTNP, Lajnah Ibadah dan Sahsiah mengadakan Solat Jenazah Ghaib selepas Isya'. Manakala, Lajnah Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan kutipan derma kilat selama dua hari bermula pada jam 10.30 malam 19 Januari 2010 hingga jam 11.00 malam 20 Januari 2010.

Kami wakil pelajar-pelajar MTNP melalui Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan takziah kepada keluarga saudari Saera. Semoga Allah menempatkan roh ibunya bersama para solihin. Al-Fatihah...

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril