Sunday, November 21, 2010

RENUNGAN BERSAMA


Sahabat..
Marilah mengembara bersamaku
Melalui lorong-lorong hidup manusia

Pelbagai onak dan ranjau
Penuh mehnah dan ragam


Lihatlah sahabatku..
Manusia-manusia disekelilingmu


Ada di antara mereka bahagia kerana harta
Ada di antara mereka derita kerana musibah

Pada bahagia ada yang alpa
Pada derita ada yang redha
Lalu ku singkap sebuah bicara
Sesungguhnya pada penciptaan manusia

Tidak dijanjikan kesenangan sepanjang kembara
Namun akan diiringi setiap langkah
Andai iman itu kau jadikan takhta




Ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya
Dapatkah kau rasa
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan Dia

Walau dalam lalai dan leka
Kita masih memohon belas kasihanNya
Terasa diri hamba yang penuh nista
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya



Sahabat..
Tahukah kalian betapa dunia ini semakin dimamah usia
Bahawa sesungguhnya kematian semakin menghampiri kita
Dalam sedar jua lena
Suatu saat kita akan kembali kepadaNya
Namun bukan itu yang merintih jiwa

Bukan itu yang menggamit rasa
Yang ku resah menghitung masa
Adalah bekal yang akan ku bawa
Menghadap Dia yang Esa


Sahabat..
Layakkah kita untuk ke Jannah
Penuh nikmat tanpa hampa
Pada sungai mengalir indah

Pada syurga kelazatan tak terhingga
Namun tak pula sanggup hatta melihat neraka
Penuh siksa tanpa bicara
Tak guna sesal mahupun nasuha
Hakikatnya terhimpun balasan noda dan dosa
Sengsara menanggung azab tak terkira

Kerana itu sahabat..
Ku bawa dirimu meneroka
Menyingkap rahsia adam dan hawa
Yang pada dunianya kelihatan begitu indah
Terlupa fantasinya kehidupan sementara
Menggumpul dosa melebur pahala
Sehingga lupa menghitung singkatnya kembara
Agar pada seketul daging bernama hati
Akan kita tinggalkan secebis memori
Ingatan sepanjang melintasi mimpi
Bahawa kita ada satu misi
Bertemu cahaya dan redha Ilahi

Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita
Saban hari tak terlepas melakukan salah
Bertuahnya kita sebagai hamba
Kepada Tuhan yang Maha Bijaksana
Maha Pengampun Maha Pemurah
Walaupun segunung dosa telah dikumpul
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan
Namun pintu taubat sentiasa terbuka

Pernahkah kita terfikir sahabat..
kita telah melafazkan 2 kalimah syahadah
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya
Dan saat itu kita Islam yang nyata
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya
Mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya
Namun apakah kita beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam
Dari satu kurun beralih zaman
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan
Adakah kita mengambil iktibar daripadanya?
Malunya diri ini tatkala menilai rasa kehambaan
Tatkala menghitung bait-bait pengabdian
Yang semestinya tak mampu menebus segala kekesalan
Pada jiwa hamba yang sarat pemberontakan

Kerana itu sahabatku..
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama
Memuhasabah diri yang penuh aib kejahilan
Agar saat dihitung amal perbuatan kita
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya
Menuju syurga yang kekal bahagia
Abadi buat selama-lamanya

No comments:

Post a Comment

Advertisement

 

JAWI

Anda sering menaip jawi tetapi... terasa sukar menaip menggunakan sistem menaip jawi yang standard? Kami ada penyelesaiannya. Sila klik di sini untuk muat turun percuma.

Menghafal Al-Quran Cara Jibril